Sunnah Minum [Bagaimana kekasih kita S.A.W minum]



Allah SWT berfirman “dan kami jadikan dari air setiap benda hidup”

Air ialah rahsia kehidupan yg diciptakan allah didunia ini,dan nabi SAW merupakan rahsia kehidupan dalam bermuamalah dgn Allah SWT.

Nabi SAW sgt mementingkan air,iaitu baginda memerlukan air yg bersih dan mementingkan air yg bersih. Dan sunnah ini mengandungi kebaikanyg besar, kerana ia memberikan kesan yg besar kepada kesihatan manusia dan tubuh badan manusia kebanyakkannya adalah air.

ADAB-ADAB MINUM.

Antara adab-adab Nabi SAW ialah:

Tasmiyah (menyebut nama Allah sebelum minum dan memuji Allah selepasnya),

Nabi SAW minum duduk dan menyuruh manusia minum dalam keadaan duduk. Benar, beliau pernah minum berdiri, namun itu utk menerangkan keharusan. Namun suruhan bagindayg lebih utama adalah minum sambil duduk.

Minum dgn tangan kanan. Dan baginda berpesan “ makan dan minumlah dgn tangan kanan kerana syaitan makan dan minum dgn tangan kiri.” Maka inilah beza antara kita dan syaitan.
Nabi SAW minum dgn 3 nafas iaitu baginda minum kemudian menjauhkan bekas dari mulutnya dan bernafas, kemudian baginda minum lagi.

Dan ketika ditanya kepada Nabi SAW tentang minum 3 nafas, Baginda bersabda “Abra (melepaskan penyakit), Arwa (menghilangkan haus), dan Amra ( menguatkan system pencernaan) iaitu, ianya menambah kesihatan manusia, dan memudahkan air masuk ke dalam tubuh badan mereka. Dengan itu, ia menyejukkan rongga manusia.

[70% dari badan manusia terdiri daripada air]


Menghirup air dgn beberapa hirupan, baginda tidak minum air sekaligus atau minum kesemuanya dalam satu tegukan sahaja.
Jika baginda minum susu, baginda akan minum air selepas itu. Baginda berkumur-kumur dengannya dan berkata “ Didalam susu ada lemak”.

Dari sunnahnya selepas minum ialah berdoa dgn doa yg baik dan mengingati Allah dgn zikir yg mulia, “ segala puji bagi Allah yg telah menjadikan air yg baik dan segar dgn rahmatNya, dan tidak menjadikan ianya masin dgn dosa-dosa kami”.

Baginda SAW bersabda, “Orang yg menuangkan minuman,mereka minum yg terakhir”. Jika kamumahu menuangkan kepada org lain, maka engkau org yg terakhir minum. Dan ini adalah sunnah dan perbuatan Nabi SAW.

Terdapat perkara-perkara yg dibenci oleh Nabi SAW semasa minum. Antaranya ialah meniup kepada minumam/kuah. Manusia meniup benda yg panas untuk menyejukkannya, maka ini dibenci oleh Nabi SAW. Dan dgn itu, bernafas di dalam bekas minuman dan minum dgn mulut cerek. 

Contohnya jika terdapat bekas yg besar dan ramai yg minum darinya, Dan baginda membenc imereka yg minum dari bekas mulut itu, kerana ini menjijikkan org lain.

Allah SWT berfirman kpd kita, “Makan dan minumlah dan jgn membazir”. Terdapat sebahagian perbuatan yg bersalahan dgn firman Allah dan sunnah Nabi SAW.

Nabi SAW menyukai minuman manis yang sejuk. Apabila ditanyakan kepada baginda SAW, apakah minuman yg disukainya, baginda menjawab “ Minuman manis yg sejuk”. Maka baginda SAW mencampurkan air dgn kismis,kurma atau madu pada waktu malam. Dan baginda meminumnya pada waktu siang, Baginda bersabda,”Air ini akan menjadi manis dgn adanya manisan ini”.
Bahawa Nabi SAW menyukai susu, Dan baginda selalu meminumnya dan menyejukkannya, dan mencampurkannya dgn air sejuk.

Antara minuman yg diminuma oleh Nabi SAW ialah Sawiq iaitu, tepung gandum apabila dicampur dan dilarut di dalam air, Maka diminumnya, ia member kesan kepada kelapangan dada dan kecergasan badan.

Ketika kita mengingati sunnah-sunnah minuman Baginda SAW, Kita menghayati bahawa cara kita adalah mengikuti sunnah Nabi dan mencintai Baginda sehingga meresap ke dalam jiwa kita. Dan kita berharap dgn beramal dgn sunnah-sunnah minum Nabi SAW, agar kita dapat minum sebaik-baik air dari telaganya, dgn tangan Baginda yg mulia pada hari kiamat, air yg dpt menghilangkan dahaga buat selama-lamanya. 

Dan kita akan dialu-alukan di dalam firman Allah SWT, ”Katakanlah(Muhammad), jika engkau mencintai Allah, maka ikutilah aku, maka kamu akan dicintai Allah”.


#Sebar dan amalkan..in shaa allah ♥

[SUMBER : FATTABIOUNI]

No comments:

Post a Comment

Assalamualaikum...sila tinggalkan komen anda disini...maceh =)