Testimoni K-Colly Sweet 17


Minuman kesihatan yg semakin popular...ini antara testi =)...baik utk kesihatan dan masalah pada kulit wajah dan badan..







Memperkenalkan K-COLLY SWEET 17



HARGA PASARAN:
RM169 (SM) / RM179 (SS)

Memperkenalkan K-Colly Sweet Seventeen 1,000,000 Collagen Nano, yang baru saja memasuki pasaran Malaysia mulai 1 June yang lalu. Produk ini sesuai untuk gadis atau wanita atau sesiapa sahaja yang inginkan kulit yang lebih cerah. 

Harga pasaran ialah RM169 untuk semenanjung dan RM179 untuk Sabah/Sarawak.

Ramuan terdiri daripada : Hydrolized Marine Collagen, Astaxanthin, CoEnzym Q-10, L-Glutathione Berry Plus, Multivitamin, Pure Pearl Powder, Hyaluranic Acid, 10X Stem Cell (Apple, Cranberry, Pomegranate, Tomato, Rossele, Cherry Acerolla, Snow Lotus, Raspberry & Peach)

ANTARA KEHEBATAN K-COLLY SWEET 17 COLLAGEN 1,000,000MG

- Pencerahan kulit yang berkesan antara seawal 3 hari
- Membantu memulihkan kulit rosak, kusam, bermasalah
- Memulihkan kulit yg tidak anjal, kendur dan kering
- Menghilangkan kedutan kecil dan garis halus di tepi mata

- Mengurangkan masalah jeragat atau jerawat di muka
- Menghilangkan rekahan dan kedutan kulit selepas bersalin
- Memberikan tenaga sebenar yg cergas sepanjang hari
- Baik untuk ibu2 yg hamil atau menyusukan anak
- Mengurangkan masalah selulit, parut atau kesan kehitaman
- Mengurangkan kesakitan ketika haid / sengugut
- Menghilangkan kegelupasan di bahagian muka
- Memperbaiki struktur bahagian bibir yg kering dan merekah
- Meningkatkan imunisasi badan / cegah penyakit
 - Mengurangkan kesan rekahan di bhgian tumit @ telapak kaki
- Mengecilkan pori2 kulit kesan drp kerosakan kulit
- Melambatkan proses penuaan sejajar dgn keanjalan kulit
- Sesuai untuk lelaki mahupun wanita/remaja
- Memberikan keyakinan diri apabila masalah kulit dapat diatasi

Kenapa anda mesti pilih K-COLLY SWEET 17 sebagai supplement tambahan anda??


● Jawapannya kerana K-COLLY SWEET 17 merupakan Produk NO.1 yang lengkap mengandungi semua keperluan tubuh badan anda untuk kesihatan dan juga kecantikan. 1001 khasiat dan kebaikan hanya dalam 1 botol K-COLLY SWEET 17.
 
● K-COLLY SWEET 17 bukan sahaja untuk kecantikan tetapi juga membantu memblok karbohidrat dan kalori yang berlebihan dari makanan harian anda.
 
● K-COLLY SWEET 17 memang membantu anda untuk menjaga kesihatan dan kecantikan kulit.
● K-COLLY SWEET 17 memang mudah di makan,tanpa perlu bancuh jika ingin cepat.cuma masukkan 1 sudu plastik serbuk kedalam mulut dan kemam.Hanya makan 1 sudu pagi sebelum sarapan dan sebelum tidur dan anda akan tampil segar dan menawan setiap hari.

******************************************************************

FERWHITE L-GLUTA COLLAGEN


Masalah kulit kusam,jerawat,jeragat dan pori terbuka...jom cube produk supplement yg semakin mendapat tempat dihati rakyat malaysia ...



:: FERWHITE L-GLUTATHIONE COLLAGEN BOLEH MEMBANTU ANDA ::

SEBERAT 1KG : TAHAN SELAMA 2BULAN
SEBERAT 500GRAM : TAHAN 1 BULAN









#DAPATKAN SEKARANG DENGAN HARGA BERPATUTAN RM139 'free postage' DAN 23 FREE GIFT ..CEPAT2 !!!!..MEREKA DA CUBE DAN DAPAT HASILNYA..ANDA BILE LAGI.....

=1pcs shaker
=1pcs 3d mask
=10 pcs detox gold
=2pcs black mask
=2pcs naturgo mask
=2pcs tummy patch/collagen lip
=5pcs vitamin rambut

FUNGSI FERWHITE NI ADALAH UNTUK:
atasi masalah jerawat
masalah parut jerawat dan parut berlubang
mencerahkan kulit secara menyeluruh
mengembalikan keremajaan kulit
menghilangkan kedutan
menggalakkan pembentukan sel kulit baru
atasi masalah blackhead,jeragat
lembapkan kulit
atasi masalah kulit berminyak
anti-oksidan
baik untuk pembentukan sel rambut,kulit dan kuku
JIKA BERMINAT..SILA 'PM' KAMI DISINI : https://www.facebook.com/messages/muslimahcreativehandmade 




Radiglow khasiat dan kebaikan

Radiglow.. tampak muda cantik berseri luar dan dalam..
kesan terasa seawal 7 hari..
lulus KKM: Pengkelasan "makanan"
- sesuai untuk semua peringkat usia dan semua jantina -

Supplement TERBAIK untuk kecantikan luaran dan dalaman serta kesihatan.


Kenapa anda MESTI pilih RADIGLOW sebagai supplement tambahan anda??
● Jawapannya kerana RADIGLOW merupakan Produk Pertama yang lengkap mengandungi semua keperluan tubuh badan anda untuk kesihatan dan juga kecantikan. 1001 khasiat dan kebaikan hanya dalam 1 produk.

● Kandungan RADIGLOW terdiri daripada RAMUAN PREMIUM yang terpilih dari sumber-sumber berikut seperti ASTAXANTHIN L-Glutathione, Hydrolyzed Fish Collagen, Vitamin C dan juga Blackcurrant Extract.

● Didatangi dalam bentuk bungkusan kotak yang Eksklusif mengandungi 2 botol RADIGLOW yang mudah untuk ditempatkan di rumah dan juga di bawa kemana sahaja seperti di dalam handbag bagi kaum wanita 








● Cara penggunaan yang sangat mudah. Berbentuk Tablet yang boleh dikunyah atau terus ditelan dengan rasa enak Blackcurrant/ Beri. Hanya perlukan 2 tablet Radiglow setiap pagi dan anda akan tampil sihat dan menawan dari hari ke hari.
RAMUAN TERDIRI DARI L-GLUTATHIONE, VITAMIN C, ASTAXANTHIN, BLACKCURRANT EXTRACT, HYDROLYZED FISH COLLAGEN.*Makanan tambahan terbaik untuk kulit kelihatan muda, sihat dan lebih cerah.*Membantu mencantik, menghalus dan menganjalkan kulit.*Merawat pelbagai masalah kulit seperti jerawat, jeragat dan lain-lain.*Juga terbaik untuk penglihatan, gigi, kuku dan rambut.*Antioksidan semulajadi. 550 kali lebih kuat berbanding Vitamin E.*Menghindar dan mencegah dari penyakit kronik seperti Kanser, Alzheimer, Parkinson, Diabetic, Sakit Jantung dan lain-lain.

 RM 180 termasuk pos untuk 2 botol RADIGLOW

+ FREE GIFT SKIN REGERENATIVE GREEN MASK

bernilai RM42
(FREE POS Semenanjung Malaysia)

JIKA BERMINAT..SILA 'PM' KAMI DISINI : https://www.facebook.com/messages/muslimahcreativehandmade






Atasi Amarah anda!..



Apabila marah dan kecewa sekali pun, ia masih perlu disampaikan secara beradab. Sebab, ia mencerminkan keperibadian kita. Tidak salah merasa marah, tidak salah meluahkan kekecewaan, namun orang yang beriman akan lakukannya dengan cara yang beradab.

Lebih hebat lagi, jika boleh untuk tidak marah ketika hati sedang marah. Rasulullah s.a.w bersabda: “Bukanlah orang yang kuat itu (dinilai) dengan (kekuatan) dalam pergelutan, sesungguhnya orang yang kuat ialah orang yang dapat menguasai dirinya ketika marah.” (Hadis riwayat Bukhari).

TIP UNTUK ATASI RASA MARAH
Tindakan segera ketika marah:

1. Baca ta'awwuz
2. Mengubah posisi dan kedudukan.
3. Tinggalkan situasi tegang itu segera.
4. Mengambil wuduk.
5. Diam
6. Banyakkan berzikir
7. Menyebut asmaul husna .
8. Minum air dan berdoa
9. Tarik nafas dalam-dalam dan lepaskan perlahan-lahan sambil kosongkan fikiran, ingat Allah - Kehadiran oksigen dapat kurangkan kemarahan .
10. Baca Selawat.
11. Ingat, bukan kita sahaja boleh marah, orang lain pun boleh marah juga.

Ketika kita tersenyum kita meredakan banyak situasi negatif. Tersenyum adalah cara menawarkan niat baik kepada orang lain. Tersenyum tidak memerlukan bayaran apa-apa, selain efektif dapat meredakan situasi tegang.


Kenapa perlu sentiasa bersangka baik??




Tujuh sebab mengapa kita mesti bersangka baik;
Satu. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana mungkin kita mempunyai sijil-sijil kecemerlangan kokurikulum atau akademik, tetapi kita tidak memiliki 'sijil' yang mengatakan bahawa kita antara yang dijanjikan syurga seperti 10 sahabat Nabi.
Dua. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana manusia lain juga seperti kita yang mempunyai setiap detik peluang untuk berubah ke arah yang lebih baik. Mungkin semalam dia seorang yang kedekut tetapi tidak mustahil dalam sekelip mata, hari ini dia menjadi seorang yang pemurah dan mungkin tiada yang menyangka bahawa hari esok dialah yang paling ikhlas dalam memberi.
Tiga. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana semua kita adalah bersaudara. Andai hati sahaja mudah berprasangka, bagaimana mahu menebar bahagia?
Empat. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana percayalah setiap sesuatu yang berlaku pasti ada sebabnya. Usah mudah mengangkat jari telunjuk menghukum namun eratkan jemari membentuk persefahaman dan kesatuan hati.
Lima. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana diri sendiri bukan seorang yang maksum dan sepi daripada melakukan dosa. 
Enam. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana hanya Allah yang mengetahui segala isi hati orang lain. Adakah kita fikir kita seperti Tuhan yang boleh membaca isi hati orang lain? Na'uzubillah.
Tujuh. Kita mesti sentiasa bersangka baik kerana kita hanya seorang hamba yang mesti taat kepada Penciptanya. Husnuszonlah sentiasa selama masih bernyawa!
"Wahai orang-orang yang beriman! Jauhilah kebanyakan dari sangkaan supaya kamu tidak menyangka sangkaan yang dilarang kerana sesungguhnya sebahagian dari sangkaan itu adalah dosa. Dan janganlah kamu mengintip atau mencari-cari kesalahan dan keaiban orang. Dan janganlah setengah kamu mengumpat setengahnya yang lain..."(Surah al-Hujurat, ayat 12)
"Kenapa dia tak bertudung? Oh, mungkin kerana dia dibesarkan dalam suasana keluarga yang tidak menitikberatkan agama. Maka aku yang tahulah harus mengajaknya."
"Kenapa dia pulang ke universiti bersama seorang lelaki? Oh, mungkin itu abangnya kerana aku juga tidak mengenali siapa keluarganya. Atau mungkin sesuatu telah berlaku dalam perjalanan sehingga dia terpaksa menumpang lelaki tersebut."
"Kenapa dia ku rasakan makin menjauh tanpa sebarang SMS atau call? Oh, mungkin dia sedang sibuk menguruskan sesuatu. Aku sebagai sahabat mestilah memahaminya."
"Kenapa dia tak membalas senyumanku waktu berselisih ke kelas tadi? Oh, mungkin dia tidak perasan atau ada sesuatu yang membelenggu fikirannya waktu itu. Tidak mengapa, lain kali bisa memberi senyuman lagi."
"Kenapa dia mengumpat sedangkan dialah yang suka memberi tazkirah? Oh, dia juga seperti aku manusia yang sering melakukan kesilapan dan kadang-kadang terlupa. Aku dan dia sebagai sahabatlah yang mesti saling menasihati dan mengingatkan."
Seorang mukmin itu bersangka baik terhadap orang lain. Dihapuskan segala wasangka buruk yang terbit di dalam hati dengan alasan yang mungkin menjadi sebab sesuatu kelakuan dilakukan.
Dan seorang mukmin itu juga mempunyai sifat berhati-hati. Jangan bersangka baik tidak bertempat hingga meninggalkan langkah untuk berjaga-jaga.
Tatkala terbangun pada pukul 3 pagi, terdengar bunyi dari rumah jiran. Kelihatan susuk tubuh seorang lelaki yang bertopeng penuh di muka. Langsung tidak bertempat sangkaan baik mengandaikan bahawa tuan rumah yang bercuti di Pulau Langkawi baru sahaja pulang ke rumah sambil memakai topeng Spiderman sedang mengumpil pintu rumah sendiri.
Andai mulut tidak bisa berhenti daripada mengatakan sesuatu yang tidak berfaedah dan yang mungkin mengundang dosa, maka diam itu lebih baik.
Daripada Abu Hurairah RA bahawa Rasulullah SAW bersabda: "Barangsiapa yang beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia berkata akan yang baik atau hendaklah ia diam. Dan barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan jirannya. Barangsiapa beriman kepada Allah dan Hari Kemudian, maka hendaklah ia memuliakan tamunya." (Diriwayatkan oleh Bukhari dan Muslim)

sumber :iluvislam

Aurat Wanita..


"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan yang beriman supaya menyekat pandangan mereka (daripada memandang yang haram) dan memelihara kehormatan mereka dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh mereka kecuali yang zahir daripadanya; dan hendaklah mereka menutup belahan leher bajunya dengan tudung kepala mereka; dan janganlah mereka memperlihatkan perhiasan tubuh merekamelainkan kepada suami mereka atau bapamereka atau bapa mertua mereka atau anak-anakmereka,

atau anak-anak tiri mereka atau saudara-saudara mereka atau anak bagi saudara-saudara mereka yang lelaki atau anak bagi saudara-saudara mereka yang perempuan, atauperempuan-perempuan Islam atau hamba-hamba mereka atau orang gaji dari orang-orang lelaki yang telah tua dan tidak berkeinginan kepada perempuan atau kanak-kanak yang belum mengerti lagi tentang aurat perempuan dan janganlah mereka menghentakkan kaki untuk diketahui orang akan apa yang tersembunyi dari perhiasan mereka dan bertaubatlah kamu sekalian kepada Allah, wahai orang-orang yang beriman, supaya kamu berjaya." (Surah An-Nur, 31)
Berikut adalah bahagian-bahagian berkaitan aurat wanita, dan dalil ringkas mengenainya :
1. Bulu Kening
Menurut riwayat Bukhari, Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mencukur atau menipiskan bulu kening atau meminta supaya dicukurkan bulu kening.
2. Kaki (tumit kaki)
"Dan janganlah mereka (perempuan) membentakkan kaki (atau mengangkatnya) agar diketahui perhiasan yang mereka sembunyikan." (An-Nur: 31)
3. Wangian
"Siapa sahaja wanita yang memakai wangi-wangian kemudian melewati suatu kaum supaya mereka itu mencium baunya, maka wanita itu telah dianggap melakukan zina dan tiap-tiap mata ada zina." (Riwayat Nasaii, Ibn Khuzaimah dan Hibban).
4. Dada
"Hendaklah mereka (perempuan) melabuhkan kain tudung hingga menutupi dada-dada mereka." (An-Nur : 31)
5. Gigi
Rasullulah SAW melaknat perempuan yang mengikir gigi atau meminta supaya dikikirkan giginya. (Riwayat At-Thabrani)
"Dilaknat perempuan yang menjarangkan giginya supaya menjadi cantik, yang mengubah ciptaan Allah." (Riwayat Bukhari dan Muslim).
6. Muka dan Tangan
Asma Binti Abu Bakar telah menemui Rasullulah SAW dengan memakai pakaian yang tipis. Sabda Rasullulah SAW:
"Wahai Asma! Sesungguhnya seorang gadis yang telah berhaid tidak boleh baginya menzahirkan anggota badan kecuali pergelangan tangan dan wajah saja." (Riwayat Muslim dan Bukhari).
7. Tangan
"Sesungguhnya kepala yang ditusuk dengan besi itu lebih baik daripada menyentuh kaum yang bukan sejenis yang tidak halal baginya"(Riwayat At Tabrani dan Baihaqi).
8. Mata
"Dan katakanlah kepada perempuan mukmin hendaklah mereka menundukkan sebahagian dari pandangannya." (An Nur : 31).
Sabda Nabi SAW, "Jangan sampai pandangan yang satu mengikuti pandangan lainnya. Kamu hanya boleh pandangan yang pertama, pandangan seterusnya tidak dibenarkan." (Riwayat Ahmad, Abu Daud dan Tirmidzi).
9. Mulut (Suara)
"Janganlah perempuan-perempuan itu terlalu lunak dalam berbicara sehingga berkeinginan orang yang ada perasaan serong dalam hatinya, tetapi ucapkanlah perkataan-perkataan yang baik."( Al Ahzab: 32)
Sabda Rasulullah SAW, "Sesungguhnya akan ada umatku yang minum arak yang mereka namakan dengan yang lain, iaitu kepala mereka dilalaikan oleh bunyi-bunyian (muzik) dan penyanyi perempuan, maka Allah akan tenggelamkan mereka itu ke dalam bumi." (Riwayat Ibn Majah).
10. Kemaluan
"Dan katakanlah kepada perempuan-perempuan mukmin, hendaklah mereka menundukkan pandangan mereka dan menjaga kehormatan mereka." (An Nur : 31).
"Apabila seorang perempuan itu sembahyang lima waktu, puasa di bulan Ramadhan, menjaga kehormatannya dan mentaati suaminya, maka masuklah ia ke dalam syurga daripada pintu-pintu yang ia kehendakinya." (Riwayat Al Bazzar)
"Tiada seorang perempuan pun yang membuka pakaiannya bukan di rumah suaminya, melainkan dia telah membinasakan tabir antaranya dengan Allah." (Riwayat Tirmidzi, Abu Daud dan Ibn Majah).
11. Pakaian
"Barangsiapa memakai pakaian yang berlebih-lebihan, maka Allah akan memberikan pakaian kehinaan di hari akhirat nanti." (Riwayat Ahmad, Abu Daud, An Nasaii dan Ibn Majah)
"Sesungguhnya sebilangan ahli neraka ialah perempuan-perempuan yang berpakaian tapi telanjang yang condong pada maksiat dan menarik orang lain untuk melakukan maksiat. Mereka tidak akan masuk syurga dan tidak akan mencium baunya." (Riwayat Bukhari dan Muslim). 
"Hai nabi-nabi, katakanlah kepada isteri-isterimu, anak perempuanmu dan isteri-isteri orang mukmin, hendaklah mereka memakai baju jilbab (baju labuh dan longgar) yang demikian itu supaya mereka mudah dikenali. Lantaran itu mereka tidak diganggu. Allah Maha Pengampun lagi Maha Penyayang." (Al Ahzab : 59).
12. Rambut
"Wahai anakku Fatimah! Adapun perempuan-perempuan yang akan digantung rambutnya hingga mendidih otaknya dalam neraka adalah mereka itu di dunia tidak mahu menutup rambutnya daripada dilihat oleh lelaki yang bukan mahramnya." (Riwayat Bukhari dan Muslim).