Sunnah Minum [Bagaimana kekasih kita S.A.W minum]



Allah SWT berfirman “dan kami jadikan dari air setiap benda hidup”

Air ialah rahsia kehidupan yg diciptakan allah didunia ini,dan nabi SAW merupakan rahsia kehidupan dalam bermuamalah dgn Allah SWT.

Nabi SAW sgt mementingkan air,iaitu baginda memerlukan air yg bersih dan mementingkan air yg bersih. Dan sunnah ini mengandungi kebaikanyg besar, kerana ia memberikan kesan yg besar kepada kesihatan manusia dan tubuh badan manusia kebanyakkannya adalah air.

ADAB-ADAB MINUM.

Antara adab-adab Nabi SAW ialah:

Tasmiyah (menyebut nama Allah sebelum minum dan memuji Allah selepasnya),

Nabi SAW minum duduk dan menyuruh manusia minum dalam keadaan duduk. Benar, beliau pernah minum berdiri, namun itu utk menerangkan keharusan. Namun suruhan bagindayg lebih utama adalah minum sambil duduk.

Minum dgn tangan kanan. Dan baginda berpesan “ makan dan minumlah dgn tangan kanan kerana syaitan makan dan minum dgn tangan kiri.” Maka inilah beza antara kita dan syaitan.
Nabi SAW minum dgn 3 nafas iaitu baginda minum kemudian menjauhkan bekas dari mulutnya dan bernafas, kemudian baginda minum lagi.

Dan ketika ditanya kepada Nabi SAW tentang minum 3 nafas, Baginda bersabda “Abra (melepaskan penyakit), Arwa (menghilangkan haus), dan Amra ( menguatkan system pencernaan) iaitu, ianya menambah kesihatan manusia, dan memudahkan air masuk ke dalam tubuh badan mereka. Dengan itu, ia menyejukkan rongga manusia.

[70% dari badan manusia terdiri daripada air]


Menghirup air dgn beberapa hirupan, baginda tidak minum air sekaligus atau minum kesemuanya dalam satu tegukan sahaja.
Jika baginda minum susu, baginda akan minum air selepas itu. Baginda berkumur-kumur dengannya dan berkata “ Didalam susu ada lemak”.

Dari sunnahnya selepas minum ialah berdoa dgn doa yg baik dan mengingati Allah dgn zikir yg mulia, “ segala puji bagi Allah yg telah menjadikan air yg baik dan segar dgn rahmatNya, dan tidak menjadikan ianya masin dgn dosa-dosa kami”.

Baginda SAW bersabda, “Orang yg menuangkan minuman,mereka minum yg terakhir”. Jika kamumahu menuangkan kepada org lain, maka engkau org yg terakhir minum. Dan ini adalah sunnah dan perbuatan Nabi SAW.

Terdapat perkara-perkara yg dibenci oleh Nabi SAW semasa minum. Antaranya ialah meniup kepada minumam/kuah. Manusia meniup benda yg panas untuk menyejukkannya, maka ini dibenci oleh Nabi SAW. Dan dgn itu, bernafas di dalam bekas minuman dan minum dgn mulut cerek. 

Contohnya jika terdapat bekas yg besar dan ramai yg minum darinya, Dan baginda membenc imereka yg minum dari bekas mulut itu, kerana ini menjijikkan org lain.

Allah SWT berfirman kpd kita, “Makan dan minumlah dan jgn membazir”. Terdapat sebahagian perbuatan yg bersalahan dgn firman Allah dan sunnah Nabi SAW.

Nabi SAW menyukai minuman manis yang sejuk. Apabila ditanyakan kepada baginda SAW, apakah minuman yg disukainya, baginda menjawab “ Minuman manis yg sejuk”. Maka baginda SAW mencampurkan air dgn kismis,kurma atau madu pada waktu malam. Dan baginda meminumnya pada waktu siang, Baginda bersabda,”Air ini akan menjadi manis dgn adanya manisan ini”.
Bahawa Nabi SAW menyukai susu, Dan baginda selalu meminumnya dan menyejukkannya, dan mencampurkannya dgn air sejuk.

Antara minuman yg diminuma oleh Nabi SAW ialah Sawiq iaitu, tepung gandum apabila dicampur dan dilarut di dalam air, Maka diminumnya, ia member kesan kepada kelapangan dada dan kecergasan badan.

Ketika kita mengingati sunnah-sunnah minuman Baginda SAW, Kita menghayati bahawa cara kita adalah mengikuti sunnah Nabi dan mencintai Baginda sehingga meresap ke dalam jiwa kita. Dan kita berharap dgn beramal dgn sunnah-sunnah minum Nabi SAW, agar kita dapat minum sebaik-baik air dari telaganya, dgn tangan Baginda yg mulia pada hari kiamat, air yg dpt menghilangkan dahaga buat selama-lamanya. 

Dan kita akan dialu-alukan di dalam firman Allah SWT, ”Katakanlah(Muhammad), jika engkau mencintai Allah, maka ikutilah aku, maka kamu akan dicintai Allah”.


#Sebar dan amalkan..in shaa allah ♥

[SUMBER : FATTABIOUNI]

Kerjaya terbaik dalam islam??

Firman Allah s.w.t dalam surah Al-A'raf ayat 58, yang bermaksud: " Dan tanah yang baik, tanamannya tumbuh subur dengan izin Allah; dan tanah yang tidak subur, tanamannya hanya tumbuh merana. Demikianlah kami mengulangi tanda-tanda kebesaran (kami) bagi orang-orang yang bersyukur."
 Firman Allah s.w.t dalam surah Al-Baqarah ayat 266, yang bermaksud: "Apakah ada salah seorang di antaramu yang ingin mempunyai kebun kurma dan anggur yang mengalir di bawahnya sungai-sungai; dia mempunyai dalam kebun itu segala macam buah-buahan, kemudian datanglah masa tua pada orang itu sedang dia mempunyai keturunan yang masih kecil-kecil. Maka kebun itu ditiup angin keras yang mengandungi api, lalu terbakarlah. Demikianlah Allah menerangkan ayat-ayat-Nya kepada kamu supaya kamu memikirkannya."

Di zaman serba moden ini, sektor pertanian semakin terpinggir kerana kemajuan kerjaya lain yang telah berkembang maju dan mendapat pulangan yang lumayan. Namun sektor pertanian adalah antara yang tertua dan paling kurang berisiko. Di sana ada tiga profesion yang popular dilakukan oleh manusia kini iaitu pertanian, perdagangan dan sektor pembuatan perindustrian. Demikian menurut pendapat Imam Al-Mawardi.
Para ulama' berselisih pendapat tentang manakah yang paling baik dari ketiga-tiga profesion ini. Mazhab As-Syafei berpendapat bahawa pertanian adalah yang paling baik. Sedangkan Imam Al-Mawardi dan Imam An-Nawawi berpendapat bahawa bercucuk tanam yang paling baik kerana alasan berikut:
PERTAMA
Bercucuk tanam adalah merupakan hasil usaha tangan sendiri. Dalam Kitab Sahih Al-Bukhari disebutkan sabda Rasulullah s.a.w yang bermaksud: " Tidaklah seseorang memakan makanan yang lebih baik dari orang yang memakan dari hasil tangannya sendiri dan adalah Nabi Daud a.s memakan dari hasil tangannya sendiri. " Dan yang benar adalah apa yang dinaskan oleh Rasulullah s.a.w iaitu hasil tangannya sendiri. Maka bercucuk tanam adalah profesion terbaik dan paling utama kerana merupakan dari hasil tanaman sendiri.
KEDUA
Bercucuk tanam memberikan manfaat yang umum kepada ummah, khususnya kaum muslimin bahkan juga bidang ternakan. Kerana menurut hukum, manusia bergantung sumber kehidupan kepada pertanian dan penternakan. Makanan tersebut tidaklah diperolehi melainkan dari hasil tanaman, tumbuhan dan ternakan. Dalam hadis riwayat Muslim diriwayatkan bahawa Rasulullah s.a.w bersabda: " Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman melainkan apa yang dimakan dari tanaman tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, apa yang dicuri dari tanamannya tersebut bagi penanamnya menjadi sedekah, tidaklah seseorang merampas tanamannya melainkan bagi penamamnya menjadi sedekah."
Dalam hadis riwayat Muslim yang lain menyebut, ertinya: " Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman kemudian memakan tanaman itu oleh manusia, binatang dan burung melainkan bagi penanamnya menjadi sedekah hingga hari kiamat." Dalam riwayat lain disebutkan: " Tidaklah seseorang muslim menanam tanaman dan pohon kemudia dimakan oleh manusia, haiwan atau sesuatu melainkan penanamnya menjadi sedekah."
KETIGA
Bercucuk tanam lebih dekat dengan tawakal. Ketika seseorang menanam tanaman maka sesungguhnya dia tidaklah berkuasa atas sebiji benih yang dia semaikan untuk tumbuh, dia juga tidak berkuasa untuk menumbuhkan dan mengembangkan tanaman itu menjadi tanaman. Tidaklah dia berkuasa membungakan serta membuahkan hasil tanaman tersebut. Kesemua urusan ini terletak di dalam kekuasaan Allah. Disini nampaklah nilai tawakal manusia kepada Allah Azza Wajalla.
As-Syeikh Zakaria Al-Ansari berkata: Mata pencarian yang paling utama ialah bercucuk tanam kerana lebih dekat dengan nilai tawakal dan ianya juga memberikan manfaat yang umum bagi semua makhluk dan secara umumnya manusia amat memerlukan kepada hasil pertanian. Al-Zarkasyi mengatakan bahawa semua manusia memerlukan kepada makanan dan tidak ada kehidupan tanpa makanan.
*Sumber: petikan dari buku Bertani Satu Ibadah

Cara Tegur Isteri "Adab dan Etika Menegur"



Nukilan ini ditujukan khusus buat para suami. Semoga kita sama2 dapat manfaat insyaAllah. Kalau ada marah dan sakit hati dengan sikap isteri, apa yang kita buat? Kalau isteri buat silap, apa tindakan? Tengking dan herdik isteri? Sergah dan meninggikan suara terhadap isteri? Tampar isteri? Atau bagaimana…?

Isteri kita pun juga manusia biasa. Bukankah dia adalah insan yang kita sangat sayang masa bercinta dulu? Habis takkanlah kita nak sergah2, tengking2 dan herdik2 seorang insan yang kita sayang? Takkanlah kita sanggup menampar isteri kita? Bukankah isteri juga punya hati, perasaan dan emosi…sama seperti kita? Cuba kita ni ditengking oleh boss dan dikutuk…apa perasaan kita? Apa yang kita rasa, macam itu jugalah isteri kita rasa kalau dia ditengking dan dikatakan macam-macam.

Ye memang benar, kita WAJIB membetulkan isteri kita apabila dia melakukan kesilapan. Memang kita bertanggungjawab untuk membimbing dia. Memang kita perlu nasihat dia kalau dia tersasar dan melanggar syariat.

Saya tidak sekali2 ingin mempersoalkan tanggungjawab yang suami perlu tunaikan itu. Apa yang saya cuba bangkitkan ialah tentang CARA, ADAB dan ETIKA MENEGUR ISTERI itu…adakah kita menegur isteri dengan cara dan etika yang betul?

Maka dalam coretan kali ini, saya ingin kongsikan dengan dan semua tentang adab, cara dan etika menegur isteri.

1. Suami tak boleh membesarkan masalah yang kecil. Kalau terpaksa tegur juga, gunalah perkataan yang lembut dan tidak menyakitkan hati. Kot yer pun isteri tu salah, toksahlah diperbesar2kan sangat. Jangan sekali-kali keluarkan perkataan yang kesat yang boleh menyakitkan hati isteri. Jangan hanya semata-mata nak puaskan nafsu dan ego suami tu, kita dok keluarkan kata-kata yang berlebihan pula. Kalau kita cakap macam tu dan membebel lebih2 pun, bukannya isteri kita dapat terima dan nak dengar. Malah ia mungkin akan menyebabkan isteri sakit hati dan berdendam dengan kita. So, beringatlah sebelum kita mengeluarkan kata2 semasa menegur isteri. Gunakan pendekatan yang lembut dan berhemah. Itu lebih bagus. 

2. Teguran kita mestilah berlapik kalau boleh. Tegur isteri dengan kata2 yang berlapik supaya maruah dan air mukanya tak jatuh. Biar dia sendiri yang berasa dia bersalah dan bukannya kita yang berlebih-lebihan menunjukkan kesalahannya. Ingatlah bahawa teguran yang keras itu hanya akan menyakitkan hati dan apabila hati dah sakit, maka emosi dan perasaan sukar dikawal.

Tapi kalau dengan kata2 berlapik tu isteri tetap jugak tak faham2. Maka bolehlah kita membuat teguran secara direct dan terus terang. Tapi ingat, GUNALAH PERKATAAN2 YANG BAIK2 DAN NADA YANG LEMBUT PENUH DENGAN KASIH SAYANG. Lepas tegur, istighfar pada ALLAH banyak2 dan mohon supaya ALLAH berikan kesedaran pada isteri kita.


3. JANGAN SEKALI2 MENEGUR ATAU MENGUNGKITKAN KESALAHAN ISTERI DIDEPAN ORANG LAIN. Hatta depan adik beradik, depan anak2 atau depan kaum kerabat yang rapat2 pun tak boleh tegur isteri secara terus. Sebab ianya akan membuatkan isteri berasa amat tersinggung dan malu. Kalau isteri dah tersinggung dan berasa hati dengan kita, masa tu baru kita nak menyesal, maka dah terlambat la… 

4. Tegurlah isteri pada waktu dan masa yang sesuai. JANGAN SEKALI2 TEGUR ISTERI MASA ANDA MARAH! Bersabarlah sikit. Bagi ruang pada isteri dan cari masa yang sesuai untuk buat teguran. Biar diri kita ‘cool down’ dan tenang dulu, baru la pi tegur.

5. JANGANLAH bersikap SOMBONG dan MENINGGGI DIRI. Walaupun kita ni suami dan sikit sebanyak kita ada hak untuk bersuara. Tapi jangan la EGO sangat. Masa tegur tu, janganlah menunjukkan sikap seperti kita ni seolah2 nak merendahkan kebolehan isteri pula. Jangan la kita syok sendiri dan puji diri mengatakn kita ni serba boleh harap. Isteri? Langsung tak guna…tak boleh harap. Macam2 kita ungkit kesalahan dia. Patut ke macam tu? Jadi, jangan la kita sombong dan meninggi diri. 

6. Paling pentingnya ialah, sekali lagi, TEGUR LAH ISTERI DENGAN PENUH KASIH SAYANG.Jangan la buat teguran sehingga melukai hati dan perasaan isteri. Teguran anda adalah atas dasar CINTA dan KASIH SAYANG, bukannya atas sebab lain.

Begitulah adab2 dan etika bagaimana untuk menegur isteri yang patut diamalkan oleh setiap suami. Suami hendaklah harus pandai menetapkan yang mana satu perkara yang patut ditegur dan yang mana satu patut dibiarkan saja.

Akhir kata, saya akui bahawa ada kalanya kita kena tegur isteri dengan teguran yang tegas. Namun adalah lebih baik jika kita dapat memaafkannya dan mengalah saja. Tapi ini bukan bererti kita tak perlu tegur. Menegur adalah dibenarkan selagi mana teguran itu memberikan kesan dan mendatangkan kebaikan, dan bukannya mendatangkan masalah, maka buatlah teguran dengan baik dan berhemah.


WANITA TIDAK MENUTUP AURAT SELALU GUNA 13 ALASAN INI....


Di sini sy ingin berkongsi suatu tulisan daripada Ustaz Ramli Joned yang boleh saja membuka minda wanita-wanita Islam di luar sana yang masih berdegil untuk menutup aurat dengan sempurna.Mari kita baca dan fahami sama-sama: 

Ustaz Ramli Joned: 

Pernah nasihat dan tegur kawan-kawan wanita anda yang tidak menutup aurat? Jom kita tengok apakah alasan yang selalu digunakan wanita yang enggan menutup aurat apabila ditegur kesalahan mereka itu. Dan apa jawapan yang mungkin sesuai untuk mereka:- 

1. Semua yang tutup aurat, kompom masuk syurga ke? 
-Yang pasti, tak tutup aurat, kompom masuk neraka. 

2. Tudung labuh pun macam baik sangat. Buat dosa jugak. Mengumpat orang. 
-Bila Iblis tak mahu ikut perintah Allah untuk bersujud kepada Adam, dia menyalahkan perintah Allah itu. "Apahal pulak aku kena sujud, aku lebih baik dan mulia". Samalah dengan tudung. Tudung pula yang disalahkan, " pakai tudung tak mestinya baik..bla...bla...bla..." 

3. Macamlah kau bagus sangat nak tegur aku. Kau dulu lagi jahat nak mampos. 
-Tidak tersabit larangan dari Nabi untuk seseorang yang bahkan baru masuk Islam untuk pergi berdakwah kepada kaumnya. Maksudnya, dakwah itu tuntutan. Selagi kau Islam, dakwah tu wajib walaupun kau sendiri tak berapa betul. Sekurang-kurang dia insaf dan bertaubat sekarang. 

4. Walau kami pakai seksi tapi hati kami baik. 
-Adakah kau mendakwa diri kau mempunyai hati yang suci, iman yang tinggi dan kononnya ia sudah cukup menjamin maruah diri kau tanpa perlu menutup aurat? 

5. Pakai jarang ke ketat ke, itu hak kami. Kalau tak suka jangan tengok. 
-Adakah kau berani menjamin bahawa semua lelaki ajnabi mempunyai hati suci dan iman yang tinggi untuk menahan godaan syaitan serta nafsu yang membuak-buak? 

6. Kami rasa apa yang kami pakai tak seksi. Terpulang kepada individu yang memandang kami. 
-Seksi atau tidak, kau tetap berdosa walaupun hanya menayang sehelai rambut kau. 

7. Walau kami tak bertudung, kami tetap sembahyang dan puasa. 
-Apakah ibadat kau diterima? Kau yakin cuma dengan berpuasa sudah cukup untuk menjamin kau masuk syurga? 

8. Sukahati kamilah nak pakai macam ni. Kami tak susahkan hidup orang lain. 
-Kau sebenarnya dah susahkan bapa, abang, adik, suami serta orang lain dengan menarik mereka ke neraka bersama kau disebabkan mereka tidak menegur dan gagal mendidik kau. 

9. Apa yang kami pakai, ini antara kami dengan Tuhan. 
-Berani cakap di dunia, berani ke kau cakap macam tu depan Allah nanti? Lawan perintah Allah, Neraka tempatnya. 

10. Kami pakai seksi macam ni, sebab ikut arahan photographer/pengarah filem untuk disesuaikan dalam scene. (ayat artis) 
-Sanggup patuh arahan mereka daripada patuh suruhan Allah? 

11. Bukan kami tak mahu menutup aurat, cuma masih belum sampai seru. 
-Mati tidak mengenal usia. Tak takut ke mati dalam usia muda? Tak sempat nak bertaubat nanti. 

12. Takkan nak buat perubahan secara drastik? Slow-slow la.. 
-Boleh ke cakap kat Malaikat Izrail nanti, tunggu kejap! Lepak la dulu. Jangan ambil lagi nyawa aku. 

13. Tutup aurat tu bagus tapi kami tidak mahu hipokrit kerana tidak ikhlas melakukannya. 
-Kalau begitu kau sebenarnya memang hipokrit kerana tidak ikhlas beragama Islam. 

# Bertindaklah sekarang.Jangan beralasan lagi untuk menidakkan hukum Allah! 


Sumber : Nurainvivian

BERNIQAB ATAU BERTABARUJJ???

Bismillah,
Assalamualaikum, salam sejahtera sahabat sekalian.Moga sahabat semua senantiasa dalam keadaan baik dan sejahtera selalu, aamiin.

Alhamdulillah, syukur pada Allah SWT atas izin NYA ain diberi kelapangan untuk singgah ke blog ini setelah sekian lama berikutan  perlu menumpukan perhatian kepada perniagaan di alam maya yang dijalankan sepenuh masa.

Bagi sahabat pembaca yang setia mengikuti blog ini, pasti sudah membaca nurkilan  berkenaan AURAT, TABARUJJ, PAKAIAN dan sebagainya yang melibatkan kaum muslimat.Begitu juga berkenaan isu berpurdah atau berniqab.
Kali ini,saya memilih satu tajuk yang sudah lama sy ingin coretkan di blog ini.Tajuk kali ini 

BERNIQAB ATAU BERTABARUJJ.

Alhamdulillah, semakin ramai kaum muslimah yang mempunyai kesedaran dan keinginan untuk berniqab.Persoalan yang perlu ditanyakan pada mereka yang sudah berniat atau sudah pun berniqab tidak kira setahun, dua tahun, atau pun sudah bertahun-tahun lamanya.Tanyakan soalan ini pada diri kita sendiri wahai niqabis:
- Adakah kita benar-benar menghayati dan memahami kepentingan dan tujuan berniqab itu sendiri? 

- Adakah kita berniqab tapi masih ingin kelihatan cantik?

- Adakah kita berniqab kerana menanti pujian semata-mata?

- Adakah dengan berniqab kita boleh berpakaian sesuka hati?

Persoalan ini bukan hanya ditujukan pada sahabat-sahabat niqabis blog saya semata, tetapi juga pada diri saya sendiri.Adakah saya berniqab untuk kelihatan cantik? Adakah dengan berniqab saya akan lebih dihormati? Nauzubillah min zalik..Moga dijauhkan dari perasaan sebegini!


Kebanyakkan niqabis gemar mengenakan ikatan niqab dari luar, iaitu selepas mengenakan selendang atau tudung.Namun, HATI-HATI apabila memilih cara ikatan sebegini terutamanya apabila niqab yang anda gunakan itu adalah jenis satu lapis sahaja.Jika niqab satu lapis [seperti dalam gambar] yang anda gunakan, maka, tanpa kita sedar sanggul rambut kelihatan.Maka, aurat kita sebenarnya sudah dipamerkan dikhalayak ramai.Mata-mata yang melihat pasti akan cuba meneka apa yang ada di sebalik kain tudung yang anda kenakan itu. 

Daripada Abu Hurairah r.a kata beliau: Bersabda Rasulullah s.a.w:
"Dua golongan daripada Ahli Neraka yang belum pernah aku melihatnya (wujud) iaitulah:
Kaum yang bersama mereka itu cemeti-cemeti seperti ekor lembu, memukul manusia, dan kaum wanita yang berpakaian tetapi telanjang, mereka itu mengajak manusia menjauhi perintah Allah dan mereka sendiri menjauhi perintah Allah, kepala mereka seakan-akan bonggol-bonggol unta yang senget, mereka ini (dua golongan ini) tidak masuk ke syurga dan tidak pula mendapat baunya sedangkan baunya dapat dihidu dari jarak sekian dan sekian.


(H.R. Muslim, Ahmad, al-Baihaqi dalam al-Kubra, dan al-Tabrani dalam Mukjam al-Awsat)



dan


“akan muncul dalam kalangan umatku di akhir zaman, kaum lelaki yang menunggang sambil duduk di atas pelana, lalu mereka turun di depan pintu-pintu masjid. Wanita-wanita mereka( isteri mereka atau anak perempuan), berpakaian tetapi seperti bertelanjang ( nipis&ketat). Di atas kepala mereka pula(wanita) terdapat bonggolan (sanggul atau tocang) seperti bonggol unta yang lemah gemalai. Oleh itu laknatlah mereka semua. Sesungguhnya mereka adalah wanita-wanita yang terlaknat”
- hadith riwayat Ahmad, jil.2, ms. 223.


serta


“dua golongan penghuni neraka yang mana aku sendiri belum pernah melihat keadaan mereka didunia: golongan yang membawa cemeti seperti seekor lembu lalu menggunakannya untuk memukul manusia dan juga kaum wanita yang berpakaian seperti bertelanjang, menggoyangkan badan dan berlenggang-lenggok, kepala mereka ada suatu seperti bonggol di kepala unta yang bergoyang-goyang. Mereka tentu tidak akan memasuki syurga atau mencium baunya sedangkan bau syurga itu dapat dihidu dari jarak perjalanan begitu dan begini” – hadith riwayat Muslim. Hadith no 212-


Jika sahabat niqabis gemar berniqab dengan mengikatnya dari luar, maka pilihlah niqab yang boleh melindungi ikatan anda di bahagian kepala itu.Pilih niqab jenis 2 atau 3 lapis.InsyaAllah,


Perhatikan gambar di atas, berniqab namun masih bertabarujj.Lihat foto pertama dan kedua dari kanan yang tumpuan diberikan di bahagian mata niqabis.Berniqab namun masih bersolek/bertabarujj.Berniqab namun masih memperagakan kecantikkan diri.Berniqab namun masih tidak faham apa itu tabarujj.

Sekali lagi ain tegaskan, tidak kiralah kita ini berniqab atau hanya bertudung labuh sahaja BERTABARUJJ DITEGAH DALAM ISLAM!!! Carilah ilmu wahai muslimah sekalian.Untuk berniqab juga perlu ada ilmu.Tanpa ilmu, maka sia-sia sahaja amalan kita selama ini.

Perkara lain yang cuba disampaikan melalui gambar di atas adalah, AURAT WANITA ISLAM .Adakah kita benar-benar faham apa itu aurat? Bertudung, berpakaian labuh, berniqab tidak bererti kita sudah menutup aurat dengan sempurna jika kita tidak peka di mana letaknya aurat itu sendiri.Perhatikan dan anda akan temui jawapannya.InsyaAllah.

Salah satu tujuan berniqab adalah melindungi diri sendiri daripada dilihat oleh orang lain.Berniqab juga bertujuan mengurangkan pandangan sekeliling pada diri para niqabis, selain mendidik diri kita agar menjadi seorang muslimah yang mengerti perasaan malu.

Namun, apabila kain niqab/purdah yang dipilih terdiri daripada kain yang nipis dan jarang hingga menampakkan bayang-bayang wajah, maka sia-sia sahaja berniqab.Selain itu pernah terlihat niqabis yang mengenakan niqab yang terlalu ketat hingga melekap di muka hingga menampakkan bentuk hidung dan ukiran bibir.

Nauzubillah min zalik.Moga diri ini dijauhi dari perbuatan demikian.Wahai sahabat niqabis,yg dikasihi sekalian, telitilah apabila memilih kain yang ingin dijahit sebagai niqab.Pastikan:

- kain dipilih adalah tebal, tidak jarang atau nipis.- kain bukan dari material yang melekap pada kulit.

Seperkara lagi harus ingatkan pada diri sy sendiri dan sahabat sekalian, ELAK MENJAHIT NIQAB DENGAN MENGENAKAN MANIK ATAU SULAMAN. Memadailah memakai niqab yang kosong semata. Pilih warna-warna yang lembut dan tidak garang atau terlalu menonjol.

Mungkin ada sahabat niqabis yang tidak selesa mengenakan full niqab hingga menutupi bahagian dahi.Terpulanglah pada niat masing-masing.Namun sebaik-baiknya, tutuplah bahagian dahi anda itu walau pun tidak mampu menutup bahagian kening.Jika anda mengenakan half niqab sahaja, pastikan mengenakan anak tudung sebelum mengenakan selendang atau tudung biasa.Ini bagi mengelak, anak-anak rambut jelas kelihatan seperti gambar di atas.


Seperti dikatakan tadi, jika tidak mampu mengenakan full niqab maka memadai mengenakan anak tudung agar tertutup bahagian ubun-ubun rambut.Bagi yang mengenakan half niqab juga, dinasihatkan pada diri sy sendiri dan sahabat niqabis sekali lagi, elak bertabarujj di bahagian kening anda.Jika tidak mampu full niqab, maka janganlah bersolek di bahagian kening atau sekeliling mata.


berniqab bukan bertujuan menunjuk kehebatan diri..

berniqab bukan bertujuan menunjukkan diri mu adalah wanita solehah..
berniqab bukan bertujuan membangga diri..
berniqab bukan bertujuan membuktikan kita adalah berbeza daripada yg lain..
apalah guna berniqab andai foto-foto dikongsi untuk tatapan sesiapa sahaja..
apalah guna berniqab andai masih ada keinginan untuk tabarruj..
apalah guna berniqab andai hanya menanti pujian semata-mata..
apalah guna berniqab andai diri masih terlibat dlm pergaulan bebas..
berniqablah hanya untuk mendapatkan redha Allah SWT..
berniqablah hanya untuk mendapatkan kasih sayang Allah SWT..
berniqablah semata-mata ingin melindungi diri dari perkara-perkara kemungkaran..
bersihkanlah niat untuk berniqab hanya untuk Allah SWT..bukan selainnya...



ingatan buat diri ini..
Sumber : nuraivivian 





"Zigger massenger bag"

(preorder) 

"Zigger massenger bag" suitable for everyday usage and also suitable for all levels age 

Size:
Tinggi : 25cm x 30cm(lebar)
P.Tali : 100cm


Price :

 RM75 ( Normal quality)

 RM120 ( High Quality)

EXCLUDE POSTAGE
Handmade with 

#SERIOUS BUYER ONLY!! Interesting?? To purchase please "PM" us at  



Jgn lupe LIKED kami di FANPAGE =)